 |
|
Wednesday, July 28, 2010
apakah? aku mendengar pun rasa runtuh hati, Apa lagi manusia yang terlibat tu...
Aku memang dah tau lelaki itu dah pasang lagi satu, kira heboh jugalah dengan cerita tu. Tapi bila risik-risik, rupanya s3 dia tak tahu. Kisahnya dia kahwin lagi di sebuah negara yang indah permai yang sangat jauh dari kampung halaman. Masa dia kahwin tu s3nya sedang sarat dan selepas 2 hari dia selamat berbulan madu s3 dia pun bersalin.
suatu hari di sebuah restoran makanan cepat yang tersohor, seorang lelaki memimpin tangan s3 tersayang menuju sebuah meja yang diduduki seorang wanita
lelaki itu: Yang...kenal-kenallah, inilah dia madu ayang yang abang cakap hari tu....
hahaha..agak-agak inilah skrip dia kan?! tapi cerita dia memperkenalkan s2 no.2 kat kehepsi tu memang betul... gila apakah lelaki itu...sungguh tak beretika. mau tak sanggup melintas depan kehepsi lepas-lepas tu
jadi kepada semua sang s3 yang baik budi lagi bijak laksana.. jangan tak percaya kalau suami kunun-kunun gurau-gurau kata dia dah kawin lagi, sekalipun suami tu the most loving, caring, funny, fat, short, un-handsome guy on earth.
Posted at 08:23 pm by kLavuQT
Permalink
Saturday, June 27, 2009
merancang adalah sebahagian tugas kami. Memang kerja yang stressful. Jadi kami pun berfikir, kerja apa yang paling seronok?
"jadi kaunselor keluarga je lah" "hisyy... sama jer hari-hari tension dengar masalah orang" "sekurang-kurangnya aku akan lebih bersyukur bila dengar masalah orang lain, ada lagi manusia yang lebih malang dari aku. Walaupun 'dia' tak pernah bagi bunga, tapi tak pernah sepak terajang aku... misalnya" "Ye lah pompuan nie, naper suka sangat dengan bunga. S3 aku pon sampai merajuk marah-marah kalau aku tak bagi bunga, dah lah mahal.."
diam...
selepas beberapa saat, tawa kami pecah. Ye, kami 3 wanita ketawa pada 1 lelaki. Tak sangka rupanya, colleague aku tu kena dera dek bini dia hahahaha
Posted at 04:57 am by kLavuQT
Permalink
Monday, May 04, 2009
seperti baru semalam kau berbangga dengan tuah mu dapat tulang rusuk baru... kalau berinai, masih penuh agaknya merah inai di kuku. Semudah itu kau ucapkan selamat tinggal...
Alahai.... easy come easy go. kalau aku lah tulang rusukmu yang baru itu, akan ku saman kau sampai kering begolok begadai, biar kau rasa bagaimana maruah tergadai
Fuh... nasib baik aku bukannya tulang rusuk mu yang hilang itu hahahaha... teringin lagi nak makan kari tulang rusuk dengan beras baru.
Posted at 01:35 am by kLavuQT
Permalink
Wednesday, April 22, 2009
untuk sepupu sepapat Kanda yang terhormat lagi terkasihi.....
ucapa dan doa 'semua ayat standard yang ada dalam kamus perbendaharaan ku' in short semua yang baik-baik dan yang muluk-muluk buat mu
mmmwaaaaaaaaaaahhhhh *cipika cipiki sampai basah*
Posted at 09:04 pm by kLavuQT
Permalink
Friday, April 10, 2009
"tu lah... dulu orang kasi tau, tak nak pecaya....orang pula kena marah. Sekarang tanggunglah"
"manusia kan boleh berubah"
"alah.... once a buaya always a buaya".
"speak for yourself">>>>> *ye lah awak tu memang buaya pon, patot pon girlfriend tak pernah lekat*
"sebab tu aku tau. Apa kata orang, anjing kalau dah biasa makan tulang..."
"YE LAH TUUUUUUUUU"
moral of the story: it takes one to know one. Beware 
Posted at 08:56 pm by kLavuQT
Permalink
Saturday, March 28, 2009
"aku minta maaf... terus terang, aku dah kawen lagi"
sepatutnya kata-kata itu meninggalkan efek guruh dan kilat di langit yang membelah bumi. Sayangnya kata-kata itu hanya tidak lebih sebagai pengakuan daripada penafian kerana terperangkap dalam situasi yang tidak mungkin memenangkan pelakunya.
"Alhamdulillah, bagiku itu adalah rezekiku. Insya Allah. Aku tetap akan menjaga perkahwinan ku yang pertama. Aku tidak akan melepaskannya, walaupun aku dah kawen lagi satu"
"Aku sayangkannya. Aku akan tetap menjadi suaminya. Aku tidak akan melepaskan tulang rusukku yang mula-mula ku dapat itu"
Dalam keadaan itu, aku yang mendengar patah kata itu, terasa ingin merebus saja tulang rusuknya yang satu lagi, biar jadi sup santapan malam itu.
Tulang rusuk konon, entah skrip drama mana kah yang digunakannya.
ya, wanita memang emosi. Hatta masalah orang lain pon dia akan ikut emosi. Dan aku di dalam emosiku ini, teringin benar hendak makan sup tulang rusuk. Agak-agak kerbau jantan ada berapa tulang rusuk?
Posted at 01:13 am by kLavuQT
Permalink
Monday, July 21, 2008
wah dah lama tah update blog yang satu ni... mana pegi seben crownies nih? dah berpecah ke? tak nak interviu ahli baru ke? ooopsie.... perasan lak cam geng starz 
untuk seben crownies yang tersesat kat sini atau sapa-sapalah yang dok intai blog ni, aku ada story bebaik punyer....
gini.....
once upon a day, pak man 3 tengah tak sedap badan. dia pon soh ler chauffer dia carik ubat. chauffer dia yang taat berkhidmat ni pon carik le ubat, dah dapat ubat tu dia pon antar le kat bos dia.
bos dia tak de, dia lak kena pegi tempat lain, urgent matter. dia pon bagi ler ubat tuh kat pelayan pejabat, soh dia bagi bos.
pelayan ni pon dengan rasa bangga sebab dapat melayan bos yang tengah demam ni, sua ubat kat bos dia dengan segelas air.
bos : besarnyer ubat nih... dol : ye lah bos, amek sebijik je lah, mesti kuat ubat nih
bos pon telan ubat dengan segelas air, tapi ubat tu tersekat kat kerongkong dek telalu besar.
bos: nak bunuh aku ker? bagi ubat besar nih...
nak tau ubat apa dia makan tuh? panadol soluble!!! muahahahahaha masa kami dengar citer tu kami gelak sungguh, telupa lak tengah majlis, sib baik majlis informal hahaha
yang kami pon dok imagine ubat tu menggelegak tengah kerongkong pak man 3, macam-macam benda kuar dari imaginasi.
dah le pelayan tu b*d*h tak tau soluble, pak man 3 tu pon sama gak, klo dah besar sangatt (katalah dia tak nampak kotak yang tulis soluble tuh) pecah-pecah ler ubat tuh, bagi kecik.
tapi tatau ler citer ni benar ke tak... hehehe kot-kot derang sajer nak penayakan pak man 3 tu hehehe tapi lepas tu dengarnyer pak man 3 cuti demam 4 ari 
Posted at 07:05 pm by kLavuQT
Permalink
Thursday, August 02, 2007
Selamat Ulang Tahun... KLaVUku

aku ingin menukarmu menjadi si merah si biru si ungu si kuning si hijau
atau mana-mana sejalur warna pelangi
namun tidak bisa
kerana kau tetap klavu yang kusayangi
SELAMAT ULANG TAHUN, DINDA
Sang Biru Ungu
Posted at 08:16 am by biruNila
Permalink
Sunday, February 25, 2007
Dearest KakMon,
today is your special day on this day we want to give you something special as special as you are
 we would like to give you this diyamun ring but on the way the courier was robbed and the ring was stolen

we can't get a bank loan to buy a new one and the stolen one wasn't insured
instead, we give you


cholesterol-free, naturally sweet, 100% wholesome
and they are a completely renewable resource...
AND
they are obsolutely
FREE
hehehehe

Happy Birthday from all of us sisters of da 7 crownies
Posted at 11:44 pm by kLavuQT
Permalink
Wednesday, August 09, 2006
Jika unggu itu warna cinta....

Hanya kata-kata tanpa suara mampu ku tinggalkan disini.
Kasih sayang kita tiada sempadan.
Walau dipisah laut China Selatan.
Dari sehelai benang persahabatan kini telah menjadi seutas rantai persaudaraan.
Semoga rasa kasih sayang yang kita anyam bersama tidak akan terlerai.
Walau hari lunyai dimamah waktu.
Namun kita tetap akan bersaudara.
Selamat Hari Lahir Kanda.
10hb Ogos 2006.
Posted at 07:07 pm by Kak Mon
Permalink
|
|
|
 |
 |
|  |
 |
chance made us friends..
hearts made us sisters..
|
 |
 |
|  |
|
|
 |